TAKRIF
 
DALIL
"Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu(kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)
Imbuhan atau perolehan yang diperolehi oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri sama adapemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.

Pendapatan penggajian merangkumi:-

  • Gaji tahunan
  • Tunggakan Gaji
  • Pelbagai Elaun
  • Lain-lain ganjaran seperti bonus dan sebagainya
Menggunakan kaedah pendapatan kasar (Tanpa Tolakan) 2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun

Contohnya

Jumlah pendapatan kasar setahun       : RM 35,000.00
Jumlah yang dikenakan zakat (2.5 %)  : RM     875.00

Bayaran bulanan RM 72.92 x 12 (875/12)
KIRAAN ZAKAT PENDAPATAN
  • Kaedah 1
  • Kaedah 2
Menggunakan kaedah pendapatan bersih (Dengan Tolakan) (Pendapatan Setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5 %.

Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun).

Diri               RM 8,000.00
Isteri             RM 5,000.00
Anak            RM 1,000.00 (seorang)
KWSP          11 % daripada pendapatan kasar pekerja
Sumbangan   Ibu bapa RM (jumlah yang diberi) sebulan x 12 bulan
Caruman ke Organisasi yang membayar zakat (contoh: Lembaga Tabung Haji, Takaful)

***Peringatan
Pendapatan dari sumber yang haram seperti riba', perjudian, dan sebagainya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang hendak dizakatkan. Pendapatan dari sumber ini hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
Firman Allah S.W.T :
Rasullullah S.A.W  bersabda yang bermaksud :

"Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan tidak bersedekah ia dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesudah ia meninggal) melainkan ia sebagai bekalannya ke Neraka."

(Hadis Riwayat Abu Daud)